Monday, January 31, 2011

Anger in Egypt

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MOST MERCIFUL


Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Tiada apa yg mampu ku ucapkan selain dari memohon pertolongan dari Dia Yg Maha Berkuasa. Allah~

Sahabat-sahabat sekalian,

seperti kita semua sedia maklum, keadaan di mesir bertambah kronik. Mesir telah mengisytiharkan darurat beberapa hari yg lalu dan pelajar malaysia telah di nasihatkan oleh pihak kerajaan untuk menyimpan bekalan makanan selama sebulan.

Tapi, saya pasti sahabat2 juga mengetahui keadaan di sana bukan? mereka dirompak. rumah mereka di pecah masuk. banduan-banduan terlepas keluar dari penjara dan berkeliaran di jalan2 raya. malah, mereka telah merampas senjata dengan membakar balai2 polis. kini, situasi di sana amat tegang dan di kawal selia oleh pihak ketenteraan.

Sahabat2 kita di sana hidup dalam ketakutan. malah, tidak boleh berhubung langsung dengan dunia luar. paling tidak utk melegakan perasaan ibu dan ayah yg tertanya-tanya keadaan mereka di sana.

Tujuan post ini ditulis bukan utk meminta simpati air mata kalian. BUKAN! kita tidak perlukan tangisan murahan yg hanya atas dasar kasihan. Kita perlukan TANGISAN KEIMANAN dari sahabat2 yg mencintai sahabat2 nya yg lain atas dasar tauhid yg sama!

KITA HARUS BERBUAT SESUATU!


Bagi yg mampu utk mengumpulkan sahabat2 di suatu tempat, ayuh kita laksanakan solat hajat beramai-ramai. paling tidak, hidup kan malam2 gelita mu dengan bersujud memohon pertolongan dari Dia Yang Maha Esa. Bangun lah! Tadah kan lah tangan mu berdoa untuk keselamatan seluruh umat Islam di sana. Jangan hanya berfikir utk sahabat2 terdekat kita, fikir kan utk seluruh umat Islam yg bertarung nyawa di sana!

Kita tidak perlu menjerit di sana dan di sini. Saya gusar kalau2 selepas ini ada yg berniat utk membakar embassy Mesir di Malaysia. Nau'zubillah. bukan berperasangka buruk, cuma kini budaya "aku bakar kau, kau bakar aku" kian menjadi racun dalam hati rakyat Malaysia. entah mengapa. semoga kita semua tehindar dari sifat itu.

Seperti yg disarankan oleh satu group fb selamatkan pelajar dan rakyat Mlaysia di Mesir :

" MOHON JANGAN MULAKAN APA-APA YANG BOLEH MEWUJUDKAN PERPECAHAN. KITA SEMUA ADALAH SATU. KITA MAHU SEMUA SELAMAT, BUKAN BERTAMBAH HARU. HARAP DAPAT BERIKAN SOKONGAN DAN DOA KALIAN "


Ini masa utk kita semua bersatu sebagai umat Islam. satu akidah satu kekuatan satu pegangan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. letak jauh2 isu2 yg memecah belah kan kita. ayuh! kita bersatu! Takbir!

Mari kita berjuang dengan senjata kita yg paling utama. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.


Wallahua'lam.

No comments: