Monday, January 31, 2011

Anger in Egypt

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS AND MOST MERCIFUL


Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Tiada apa yg mampu ku ucapkan selain dari memohon pertolongan dari Dia Yg Maha Berkuasa. Allah~

Sahabat-sahabat sekalian,

seperti kita semua sedia maklum, keadaan di mesir bertambah kronik. Mesir telah mengisytiharkan darurat beberapa hari yg lalu dan pelajar malaysia telah di nasihatkan oleh pihak kerajaan untuk menyimpan bekalan makanan selama sebulan.

Tapi, saya pasti sahabat2 juga mengetahui keadaan di sana bukan? mereka dirompak. rumah mereka di pecah masuk. banduan-banduan terlepas keluar dari penjara dan berkeliaran di jalan2 raya. malah, mereka telah merampas senjata dengan membakar balai2 polis. kini, situasi di sana amat tegang dan di kawal selia oleh pihak ketenteraan.

Sahabat2 kita di sana hidup dalam ketakutan. malah, tidak boleh berhubung langsung dengan dunia luar. paling tidak utk melegakan perasaan ibu dan ayah yg tertanya-tanya keadaan mereka di sana.

Tujuan post ini ditulis bukan utk meminta simpati air mata kalian. BUKAN! kita tidak perlukan tangisan murahan yg hanya atas dasar kasihan. Kita perlukan TANGISAN KEIMANAN dari sahabat2 yg mencintai sahabat2 nya yg lain atas dasar tauhid yg sama!

KITA HARUS BERBUAT SESUATU!


Bagi yg mampu utk mengumpulkan sahabat2 di suatu tempat, ayuh kita laksanakan solat hajat beramai-ramai. paling tidak, hidup kan malam2 gelita mu dengan bersujud memohon pertolongan dari Dia Yang Maha Esa. Bangun lah! Tadah kan lah tangan mu berdoa untuk keselamatan seluruh umat Islam di sana. Jangan hanya berfikir utk sahabat2 terdekat kita, fikir kan utk seluruh umat Islam yg bertarung nyawa di sana!

Kita tidak perlu menjerit di sana dan di sini. Saya gusar kalau2 selepas ini ada yg berniat utk membakar embassy Mesir di Malaysia. Nau'zubillah. bukan berperasangka buruk, cuma kini budaya "aku bakar kau, kau bakar aku" kian menjadi racun dalam hati rakyat Malaysia. entah mengapa. semoga kita semua tehindar dari sifat itu.

Seperti yg disarankan oleh satu group fb selamatkan pelajar dan rakyat Mlaysia di Mesir :

" MOHON JANGAN MULAKAN APA-APA YANG BOLEH MEWUJUDKAN PERPECAHAN. KITA SEMUA ADALAH SATU. KITA MAHU SEMUA SELAMAT, BUKAN BERTAMBAH HARU. HARAP DAPAT BERIKAN SOKONGAN DAN DOA KALIAN "


Ini masa utk kita semua bersatu sebagai umat Islam. satu akidah satu kekuatan satu pegangan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. letak jauh2 isu2 yg memecah belah kan kita. ayuh! kita bersatu! Takbir!

Mari kita berjuang dengan senjata kita yg paling utama. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.


Wallahua'lam.

Sunday, January 23, 2011

KEMM 1511 - 2011


Anjuran: 
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)


Dirasmikan oleh:
YB DR. HJ MOHD PUAD B ZARKASHI 
TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 

Tarikh: 
29 JANUARI 2011 

Tempat:
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKADURIAN TUNGGAL, Melaka.

Yuran:
DEWASA / BEKERJA - RM 50
MAHASISWA - RM 20

Pengenalan: 

REALITI MASYARAKAT MELAYU HARI INI MENGAMBARKAN SEOLAH-OLAH BANGSA MELAYU TELAH HILANG HAKIKAT JATIDIRI MEREKA. SEMUA NILAI NEGATIF TELAH DILONGGOKKAN PADA IMEJ MEREKA. LEBIH MALANG LAGI, SENARIO POLITIK SEMASA TELAH MENGAKIBATKAN PERJUANGAN MEREKA DITENTUKAN OLEH AGENDA BANGSA MINORITI YANG TELAH MENJADI GOLONGAN PENDESAK. ADALAH DIPERCAYAI, INI MERUPAKAN KESAN LANGSUNG DARI PENJAJAHAN JANGKA PANJANG YANG BERMULA SEJAK TAHUN 1511 LAGI.

PENJAJAHAN FIZIKAL DAN MINDA TELAH MENGAKIBATKAN MEREKA HILANG JATIDIRI DAN AGENDA PERJUANGAN. APA YANG DAPAT KITA DILIHAT PADA HARI INI ADALAH SIMPTOMNYA YANG ZAHIR DALAM MASYARAKAT. ANTARA SENJATA UTAMA PENJAJAH ADALAH HUMANISME DAN GLOBALISASI YANG TELAH MEMAKSA BANGSA INI MENERIMA PIAWAIAN BARAT SEBAGAI UKURAN KEADILAN, KEJAYAAN DAN KETAMADUNAN.
JUSTERU ITU, IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) DENGAN KERJASAMA PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA) AKAN MENGANJURKAN SATU KONVENSYEN YANG BERTAJUK “KONVENSYEN MEMPERINGATI 500 TAHUN KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA” SEMPENA MEMPERINGATI KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU ISLAM MELAKA 1511.
IA BAGI MENYEDARKAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM SEJARAH KEGEMILANGAN YANG PERNAH DICAPAI OLEH BANGSA MEREKA YANG DIDIRIKAN DENGAN BERPAKSI KEPADA KEUTUHAN JATIDIRI DAN ILTIZAM TINGGI TERHADAP PELAKSANAAN SYARIAT ISLAM.
Aturcara:
SABTU 29 JANUARI 2011
8.00 – 8.30 PG
PENDAFTARAN PESERTA
8.30 – 9.30 PG
PEMBENTANGAN 1
“KEGEMILANGAN EMPAYAR KESULTANAN MELAYU MELAKA
 YBHG. PROF EMERITUS DATUK DR YUSUF B HASHIM, NAIB CANCELOR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)
9.30 – 10.00 PG
KEHADIRAN VVIP / VIP
10.00 – 10.45 PG
MAJLIS PERASMIAN – UCAPAN ALU-ALUAN DAN PERASMIAN
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH AL-FADHIL USTAZ ABDULLAH ZAIK ABD RAHMAN
PRESIDEN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
UCAPAN PERASMIAN OLEH -
YB DR HJ MOHD PUAD B ZARKASHI, TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
10.45 – 11.00 PG
JAMUAN VVIP / VIP & JAMUAN RINGAN PESERTA
11.00 – 12.00 TGH
PEMBENTANGAN 2
“KEJATUHAN MELAKA DALAM TAHUN 1511 SEBAGAI PELAJARAN PENTING KEPADA BANGSA MELAYU-ISLAM HARI INI.”

– YBHG. DATO’ DR. HASSAN AHMAD, MANTAN PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
12.00 – 1.00 PTG
PEMBENTANGAN 3
“PERJUANGAN BANGSA MELAYU DALAM MEMPERTAHANKAN JATIDIRI DAN AGAMA  ISLAM”
AL FADHIL UST MOHD FAUZI ASMUNI – NAIB PRESIDEN II IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
1.00 – 2.00 PTG
REHAT / MAKAN /  SOLAT
2.00 –  4.00 PTG
FORUM : “MENGAMBALIKAN JATIDIRI BANGSA MELAYU DAN ISLAM”- PENGERUSI : Y. BHG TUAN HJ AMINUDDIN YAHAYA, SETIAUSAHA AGUNG ISMA
PANELIS+ AL FADHIL USTAZ ABDULLAH ZAIK ABD RAHMAN, PRESIDEN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
+ YG BHG DR MUHD RAZAK B IDRIS, PRESIDEN, ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
+ PROFESOR DATUK DR ABDUL LATIF B ABU BAKAR, KETUA II, GABUNGAN PENULIS NASIONAL , GAPENA
+ YG BHG DATO’ SERI DR SITI ZAHARAH SULAIMAN, MANTAN MENTERI
4.00 – 4.30 PTG
MAJLIS PENUTUP DAN UCAPAN PENANGGUHAN
EN ABDUL RAHMAN MAT DALI, TIMBALAN PRESIDEN IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)
4.30 PTG
MAJLIS BERSURAI

Saturday, January 22, 2011

SEED: The Resolution


SIRI EKSPLORASI AD-DEEN
THE RESOLUTION



Tarikh: 14, 15, 16 Januari 2011
Tempat: Kem Rindu Alam, Setiawan, Perak


Slot 1 - Seerah Rasulullah SAW - Zaman Jahiliyyah & Fasa Era Makkah
Slot 2 - Kegemilangan & Kejatuhan Islam
Slot 3 - 'Bingkisan Untukmu Belia'
Slot 4 - Antara Ijazah & Risalah


Aktiviti2 sekitar mukhayyam:














































*****